Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang di Movenpick Tabung Haji, Sepang

Sesi Turun Padang di Movenpick Tabung Haji, Sepang

Tarikh 4 Jun 2022 merupakan hari yang dinanti-nanti bagi kumpulan pertama iaitu seramai 298 jemaah haji yang bakal berlepas ke tanah suci. YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berjumpa dengan mereka untuk mengucapkan selamat jalan di Movenpick Tabung Haji, Sepang bersama-sama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri. Rata-rata mereka berasa amat terharu dan bersyukur kerana berkesempatan menunaikan haji pada tahun ini.

Sebahagian daripada mereka merupakan jemaah haji yang telah bersedia untuk terbang ke tanah suci pada tahun 2020, namun begitu tidak semua yang turut serta bersama kita. Terdapat yang uzur dan tidak sihat serta yang telah kembali ke pangkuan Ilahi tanpa sempat menyambut lambaian Kaabah.


Turut hadir bagi meraikan jemaah haji ialah YB Senator Datuk Haji Idris Hj Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Dato’ Sri Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji dan TYT Dato’ Dr. Mahmoud Hussien Saeed Qattan, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia.

Beliau berharap agar mereka mendapat haji yang mabrur dan turut mendoakan agar perjalanan ke tanah suci dipermudahkan serta diredhai.

Arkib Foto

Logo Accessibility