Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Di Semporna, Sabah

Sesi Turun Padang Di Semporna, Sabah

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah turun padang meninjau pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Koperasi Anugerah Hj. Badji, Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah.

SARA merupakan antara ikhtiar Kerajaan dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas menerusi kredit yang disalurkan terus melalui MyKad dan boleh digunakan di Rakan Niaga SARA yang berdaftar.

Koperasi Anugerah Hj. Badji merupakan Rakan Niaga SARA ke-33 di daerah Semporna dan satu-satunya Rakan Niaga SARA di Pulau Bum Bum.

Sebelum ini, penduduk Pulau Bum Bum perlu menaiki bot ke Semporna bagi mendapatkan barangan keperluan menggunakan manfaat SARA. Kini, kemudahan tersebut dibawa lebih dekat kepada komuniti setempat untuk mengurangkan kekangan jarak dan memudahkan rakyat mendapatkan keperluan asas.

Kewujudan Rakan Niaga SARA di pulau ini akan memberi manfaat kepada lebih 25,000 penduduk Pulau Bum Bum yang layak menerima SARA Untuk Semua, termasuk sekitar 3,300 penerima yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA bulanan.

Kerajaan akan terus mengenal pasti kawasan yang berdepan kekangan akses bagi memastikan manfaat SARA dapat dinikmati dengan lebih mudah oleh rakyat, termasuk komuniti di kawasan luar bandar dan kepulauan.

Bantuan bukan sekadar perlu disediakan tapi perlu sampai dan mudah diakses oleh rakyat yang memerlukan.

Arkib Foto