Sesi Turun Padang di Tapak Pembangunan ‘Riverfront’ di Benteng Sungai Jelai, Pahang

Sesi Turun Padang di Tapak Pembangunan ‘Riverfront’ di Benteng Sungai Jelai, Pahang

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan meninjau tapak pembangunan ‘riverfront’ di benteng Sungai Jelai yang memisahkan bandar lama dan bandar baru Kuala Lipis.

Beliau akui, dengan rumah-rumah kedai lama zaman kolonial membarisi benteng sungai dan aktiviti perniagaan yang kelihatan rancak di situ, sebuah pembangunan ‘riverfront’ akan menjadi titik fokal untuk aktiviti komersial, riadah dan pastinya menarik pengunjung ke bandar bersejarah Kuala Lipis.

 

Sebelum ke destinasi seterusnya, beliau dan pasukan berkesempatan singgah di Kafe Sidang Kopi. Kafe Sidang Kopi ini dibuka dua tahun lalu oleh anak-anak muda iaitu Encik Ismail, Encik Mamat dan beberapa rakan mereka, semuanya dalam lingkungan usia 30 tahun.

Beliau berkesempatan bertegur sapa dan mendapat tahu Encik Ismail sebelum ini bekerja sebagai seorang ‘cleaner’ di kem tentera tetapi dalam diam telah menyimpan azam untuk membuka kafenya sendiri. Beliau dan rakan-rakannya kemudian nekad mengambil risiko meninggalkan kerjaya bergaji semata-mata untuk mempelajari seni membuat kopi ‘brew’, menjadi barista dan menaruh nasib dengan dunia perniagaan.

Kafe Sidang Kopi kelihatan mendapat sokongan daripada para penduduk Kuala Lipis dan adalah satu-satunya kafe menyediakan kopi espresso. Bagi beliau, kafe tersebut setanding dengan kafe-kafe yang beliau kunjungi di Kuala Lumpur.