YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang dan meninjau operasi harian dan beramah mesra dengan para petugas serta pengunjung yang hadir ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan.

Terdapat sebanyak 23 UTC di seluruh negara dan konsep UTC yang menempatkan pelbagai perkhidmatan Kerajaan di bawah satu bumbung dan masa operasi dipanjangkan sehingga hujung minggu telah membantu dan memudahkan orang ramai.

Dalam pada itu, sebanyak 3 UTC di Pantai Timur iaitu di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Dengan UTC kini dibuka sepenuhnya selaras dengan peralihan Negeri Kelantan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Januari 2022 yang lalu, beliau yakin jumlah pengunjung juga akan meningkat di mana melalui rekod sebelum pandemik COVID-19, UTC tersebut pernah mencatatkan jumlah pengunjung hampir 725,000 orang setahun dengan jumlah kutipan lebih RM222 juta setahun.

