Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang #JelajahBajet2023 ke Api-Api Night Food Market, Jalan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

Sesi Turun Padang #JelajahBajet2023 ke Api-Api Night Food Market, Jalan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan turun padang untuk sesi jelajah Bajet 2023 pada hari pertama di Sabah dengan membuat tinjauan di Api-Api Night Food Market, Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Sambutan yang cukup menggalakkan apabila ramai orang yang hadir untuk melihat kemeriahan ‘busking’ di pasar malam serta kepelbagaian jualan makanan dan sebagainya yang terdapat di sepanjang Jalan Gaya tersebut.

Terima kasih beliau ucapkan kepada pihak DBKK, wakil peniaga serta semua yang terlibat dalam program tersebut di mana telah banyak membantu memberikan maklum balas dan gambaran sebenar mengenai situasi semasa ekonomi setempat.

Kerajaan sangat komited dan prihatin untuk mengalu-alukan pandangan dan respon daripada semua pihak untuk memastikan Bajet 2023 lebih inklusif.

Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang cadangan, boleh ke laman sesawang https://budget.mof.gov.my/bajet2023/ untuk mengemukakan cadangan bagi Bajet 2023.


Arkib Foto

Logo Accessibility