Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang #JelajahBajet2023 ke Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu

Sesi Turun Padang #JelajahBajet2023 ke Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang ke Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu bagi menyampaikan sijil graduasi Program Pembangunan Keusahawanan ‘entrepreneur ECER-SIRIM’.

Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM2.4 juta dari tahun 2015 hingga 2021 menerusi ECERDC untuk melaksanakan program entrepreneur ECER-SIRIM.

Beliau dimaklumkan bahawa usahawan-usahawan yang bakal menerima sijil graduasi telah mencatatkan jualan tahunan kumulatif sebanyak RM24.9 juta setahun, meningkat 47 peratus berbanding RM16.9 juta sebelum menyertai program.

Beliau berharap, usaha sebegini dapat diteruskan supaya produk-produk tempatan dapat dieksport ke luar negara, seterusnya memberi impak yang positif kepada perkembangan ekonomi negara.

Kerajaan akan sentiasa memberi tumpuan bagi meningkatkan kemampuan usahawan-usahawan mikro lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran pasca COVID-19.

Beliau akan melihat keperluan bagi memastikan produk-produk tempatan mendapat tempat dan dalam masa sama akan lebih ramai usahawan tempatan dapat dilahirkan.


Arkib Foto

Logo Accessibility