YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan ke EduCity untuk mendengar sesi pembentangan berkenaan PERANTIS dan sesi lawatan.
EduCity merupakan satu platform untuk menyumbang dan menyokong usaha negara bagi memastikan belia kita diambil bekerja di industri yang betul dan gaji yang tepat.
Dalam sesi tersebut, beliau juga berkesempatan mendengar perkongsian berkenaan keperluan dalam pemerkasaan wanita dan isu pengangguran.
Beliau amat kagum dan memuji program PERANTIS kerana telah memberikan impak positif kepada belia pada hari ini.
Perjumpaan tersebut juga adalah bertujuan merapatkan jurang antara institusi pendidikan bagi memastikan bakat yang ada selaras dengan permintaan industri masa kini.
Bajet 2023 akan terus menyokong pertumbuhan dan mengukuhkan daya tahan negara terhadap kejutan masa depan.