YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah turun padang dan diiringi oleh Tuan Sazali Mohamad, Pengarah Kastam Negeri Johor untuk melawat Jeti Penumpang dan Jeti Kargo Kastam, Muar, Johor.
Beliau berkesempatan melihat sendiri sistem kawalan dan akan meneliti usaha-usaha tambah baik yang boleh dilakukan di pelabuhan tersebut.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia di atas kerjasama dan layanan yang baik.