YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah turun padang ke Ketereh, Kelantan untuk melihat perkembangan pendigitalan luar bandar.

Beliau juga telah berkesempatan singgah di Pusat Internet Komuniti Keluarga Malaysi (PEDi) Kampung Chengal, Ketereh untuk mendengar taklimat dan berjumpa dengan usahawan-usahawan tempatan.

Bagi beliau, PEDi berperanan membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan dan merupakan salah satu ‘push factor’ yang baik untuk masyarakat luar bandar memandang ke arah pendigitalan.

Dalam Bajet2023, #TeamMOF akan melihat keperluan untuk meningkatkan pendigitalan luar bandar.