Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang #JelajahBajet2023 ke Kilang Pembuatan Tilam di Sabah

Sesi Turun Padang #JelajahBajet2023 ke Kilang Pembuatan Tilam di Sabah

YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan turun padang ke kilang milik JD Harapan Sdn Bhd Inanam untuk melihat proses pembuatan tilam.

Beliau melihat sendiri proses penghasilan barangan yang berasaskan plastik dan pembuatan barangan sofa serta katil. Kilang tersebut adalah satu-satunya yang berada di Sabah dan merupakan antara pembekal utama di Sabah dan Sarawak. Pelbagai peluang perniagaan dan pekerjaaan dapat dicipta melalui industri perkilangan seperti ini.

Beliau berharap agar pihak syarikat akan terus berkembang dan lebih ramai lagi pemain industri kilang terlibat secara aktif seperti Syarikat JD Harapan agar isu peluang pekerjaan serta peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat ketika ini dapat diatasi.

Terima kasih beliau ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam sesi lawatan tersebut.

Arkib Foto

Logo Accessibility