Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang #JelajahBajet2023 ke Majlis Perasmian Program Kemerdekaan Komuniti Keluarga Malaysia di SK Kadok, Kota Bharu, Kelantan

Sesi Turun Padang #JelajahBajet2023 ke Majlis Perasmian Program Kemerdekaan Komuniti Keluarga Malaysia di SK Kadok, Kota Bharu, Kelantan

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan merasmikan Program Kemerdekaan Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kadok, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau turut berjumpa dengan para pelajar SK Kadok, para ibu bapa serta guru-guru dan sambutan kemerdekaan telah dirai dengan penuh meriah.

Dalam menyambut kemeriahan bulan kemerdekaan, beliau juga berkesempatan meminta dan bertanyakan pendapat dan pandangan untuk dijadikan input Bajet2023 di peringkat komuniti.

Sememangnya pandangan di akar umbi seperti ini amat diperlukan #TeamMOF dalam memastikan Bajet yang dirangka tidak hanya bersifat ‘kosmetik’.


Arkib Foto

Logo Accessibility