YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan hadir ke Program Kebudayaan Besut di Dewan Terbuka Muara Kuala Besut, Terengganu bersama Tan Sri Dato’ Seri Idris Jusoh, Ahli Parlimen Besut dan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, ADUN Kuala Besut.
Sememangnya Besut adalah satu kawasan yang kaya dengan nilai dan warisan kebudayaan.
#TeamMOF akan melihat keperluan untuk Bajet 2023 dalam usaha kita mahu memastikan warisan dan kebudayaan akan kekal selama-lamanya.
Beliau juga berkesempatan mendengar taklimat berkenaan Projek Pemecah Ombak Kuala Besut yang tertangguh kerana beberapa perkara. Projek tersebut hanya berbaki sebanyak 35 peratus untuk disiapkan dan dikhabarkan sudah mendapat kelulusan untuk diteruskan.
Projek sebegini penting bagi mengelakkan kerosakan lebih besar ke atas rumah penduduk kampung di sekitar apabila tiba musim tengkujuh.
Beliau akan meminta Kementerian Kewangan memberikan perhatian kepada projek tersebut dalam memastikan ia dapat dipercepatkan dan berjalan lancar.