YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan turun padang dan singgah ke Rumah Kanak-Kanak (RKK) di Beringgis, Papar, Sabah.
Beliau berasa amat terharu dan gembira apabila disapa dengan senyuman manis daripada anak-anak di rumah tersebut. Terima kasih beliau ucapkan kepada semua pihak di atas sambutan kedatangan yang meriah dan istimewa. Sambutan turut dimeriahkan dengan kibaran jalur gemilang serta nyanyian lagu kemerdekaan.
Kunjungan beliau ke RKK telah memberi pendekatan serta pemahaman kebajikan yang diperlukan untuk terus memberi kehidupan yang baik bagi anak-anak tersebut secara umumnya. Beliau percaya setiap anak adalah penyambung bangsa dan generasi pada masa hadapan.
Dalam penyediaan Bajet 2023, beliau akan membawa cadangan dan pandangan bagi golongan rentan untuk dipertimbangkan.