YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan melawat gudang dan bengkel Asia Digital Engineering (ADE) di RedChain, Selangor.

Beliau turut mengiktiraf komitmen mereka untuk merevolusikan sektor penerbangan melalui penyelenggaraan pesawat secara end to end dan platform digital.

ADE merupakan anak syarikat Capital A Berhad dan telah mempamerkan potensi yang besar dalam industri penerbangan negara dengan menggabungkan perkhidmatan tradisional dengan teknologi termaju, memupuk inovasi dan menolak sempadan.

Beliau juga bersetuju dengan menyokong industri penting seperti ADE dan ini adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi di Malaysia pada masa akan datang.
