YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang ke Adventure Waterpark Desaru Coast, Johor. Beliau turut diberi taklimat ringkas tentang keunikan Desaru Coast.

Sejak kembali dibuka pada 14 Oktober lalu, Adventure Waterpark Desaru Coast yang berkeluasan 23 ekar tersebut telah menerima purata para pengunjung seramai 1,900 orang setiap hari.
![]() |
![]() |
Beliau turut menyeru orang ramai supaya kembali merancakkan ekonomi pelancongan di Malaysia dan kekal berdisiplin menjaga diri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |