Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang ke Agrotech Pavilion

Sesi Turun Padang ke Agrotech Pavilion

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama-sama wakil-wakil bahagian Kementerian Kewangan dan Pasukan Bajet 2023 turun padang untuk melawat ke Agrotech Pavilion yang mengetengahkan produk inovasi dan teknologi pertanian moden yang berasaskan teknologi IR4.0. Kecanggihan teknologi seperti sistem IoT, teknologi drone serta kajian bioteknologi yang menyokong pelaksanaan pemodenan pintar sangat menarik perhatian beliau.

Antara teknologi yang dipamerkan ialah Malaysian Modern Agro-Farming System (MyMAFS), Pisang Novaria, Biobaja, Phytoirradiation (sinagama), Padi IS21 dan NM-Oligokitosan oleh Agensi Nuklear Malaysia. Selain itu, ada juga Perkhidmatan analisis GMO, Produk/ teknologi RapidRAW , Penternakan Udang Kara Air Tawar, Produk Larva Black Soldier dan macam-macam lagi.

Beliau juga berkesempatan singgah ke Pameran ‘Malaysia Fish and Seafood Exposition 2022’ (MySE 2022) yang merupakan satu platform yang baik bagi pengusaha dalam sektor dan subsektor perikanan menembusi pasaran antarabangsa. MySE juga mempamerkan produk laut yang diusahakan pengusaha tempatan.


Arkib Foto

Logo Accessibility