YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan YAB Chow Kon Yeow, YAB Ketua Menteri telah berkesempatan turun padang ke B. Braun Medical Industries Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar peralatan perubatan. Syarikat tersebut merupakan subsidiari kepada B. Braun Melsungen AG, Germany, antara syarikat pengeluar peralatan perubatan terbesar di dunia.

Apa yang menarik, kilang B Braun di P. Pinang adalah kilang pertama di rantau Asia Pasifik dan antara yang paling besar di luar Eropah. Tahun ini, mereka meraikan ulang tahun ke-50 sejak penubuhannya pada 1972.
Beliau dan YAB Ketua Menteri juga telah diberikan taklimat mengenai produk-produk yang dikeluarkan dan antara yang menarik adalah Intravenous Catheter, iaitu Kateter IV pertama di dunia yang mengurangkan pendedahan darah dan Einstein Vision 3.0, sebuah sistem pengimejan 3D dengan resolusi HD.

Melihat kepada produk-produk mereka, B. Braun Malaysia telah membuktikan bahawa syarikat dan bakat tempatan juga mampu menghasilkan produk-produk berkualiti tinggi untuk pasaran dunia.

Terima kasih beliau ucapkan kepada B. Braun atas usaha memperkasa ekonomi tempatan dan membawa nama Malaysia di persada antarabangsa.
![]() |
![]() |