YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang bagi Program Sumbangan Rahmah di Bank Simpanan Nasional (BSN) Bandar Meru Raya, Perak.
Beliau amat berharap sumbangan sebegini dapat memanfaatkan rakyat terutamanya yang akan menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 (STR) yang kini diawalkan mulai 5 April 2023 bagi meringankan kos sara hidup rakyat menjelang Aidilfitri.
Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri (BKKA) juga diawalkan minggu ini yang akan memanfaatkan 1 juta penerima di kalangan pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform.