Sesi Turun Padang Ke Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu

Sesi Turun Padang Ke Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang ke Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu untuk sesi libat urus bagi mendapatkan perkembangan terkini berkenaan keadaan dan koordinasi isu-isu selenggaraan di bawah Bank Negara di Pantai Timur.

Antara isu yang berbangkit adalah berkenaan kesan pakej-pakej rangsangan ekonomi yang diberikan oleh Kementerian Kewangan melalui bank-bank di bawah Bank Negara, laporan peningkatan jenayah kewangan di Pantai Timur susulan pengumuman bantuan moratorium, i-sinar dan lain-lain, serta pencapaian e-Payments di Pantai Timur dan beberapa perkara lain.

Sepanjang sesi berlangsung, semuanya telah berjalan lancar dan beliau berpuas hati kerana telah mendapat perkembangan terkini serta lengkap daripada Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu, Tuan Adlis Zaini.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah hadir pada sesi tersebut.