Sesi Turun Padang ke BSN

Sesi Turun Padang ke BSN

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) Putrajaya untuk melihat proses pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

 

Turut hadir bersama secara maya adalah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri, YB Tuan Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I, dan pengarah-pengarah negeri bagi BSN.

Bermula hari ini, pembayaran BKC akan dilaksanakan secara automatik ke akaun-akaun penerima yang terdiri daripada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) serta bagi mereka yang tiada akaun bank, mereka boleh menerima bayaran di kaunter BSN yang berdekatan.

 

Beliau juga menekankan kepada mereka yang belum menerima BKC di dalam akaun mereka supaya bersabar dan tidak risau. Hal ini kerana proses penyaluran dijalankan secara berperingkat sehingga 10 September 2021.

Bagi BKC Fasa 1, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM3.1 bilion untuk memanfaatkan hampir 10 juta rakyat. Baki RM4.8 bilion pula akan disalurkan sehingga akhir tahun ini. Beliau berharap bantuan ini akan serba sedikit dapat mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi COVID-19.