YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang untuk melawat Bank Simpanan Nasional (BSN) di Kuching, Sarawak.

Beliau amat gembira dan berpuas hati kerana Ejen Bank (EB) BSN sudah berada di semua mukim kecuali di Nanga Merit.

EB BSN bersedia untuk membantu orang ramai di tempat yang tiada cawangan BSN. EB berfungsi di kedai terpilih di seluruh negara. Orang ramai boleh melayari bsn.com.my. untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Usaha Kerajaan antaranya memberi khidmat perbankan dengan cara yang mudah dan cepat kepada seberapa ramai rakyat Malaysia.