Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke CIQ KSAB Di Iskandar Puteri, Johor

Sesi Turun Padang Ke CIQ KSAB Di Iskandar Puteri, Johor

YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan ,Timbalan Menteri Kewangan I telah melawat Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) yang merupakan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Iskandar Puteri, Johor bagi laluan kedua Malaysia-Singapura.

Kementerian Kewangan akan menimbangkan peruntukan segera untuk menaik taraf CIQ KSAB bagi mengatasi kesesakan.

Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat empat projek naik taraf yang perlu dilaksanakan segera bagi menangani masalah kesesakan di laluan pintu masuk negara itu, yang dianggarkan memerlukan peruntukan berjumlah RM45.5 juta.

Bersempena sesi turun padang, beliau telah membuat susulan dan melihat sendiri apakah yang boleh dibantu MOF bagi memastikan pelaksanaan keputusan-keputusan yang berkaitan.

Beliau berharap isu kesesakan tersebut dapat ditangani dan diselesaikan dengan segera.

Arkib Foto

Logo Accessibility