Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang ke Food Truck di MOF

Sesi Turun Padang ke Food Truck di MOF

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke lobi Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya untuk mengunjungi barisan jualan food truck.

Selain dapat menukar pilihan makanan tengah hari, bagi beliau, ini merupakan salah satu cara untuk membantu serta menyokong para peniaga kecil.

Setiap gerai juga menyediakan platform e-wallet untuk memudahkan para pembeli.

Sambutan juga kelihatan meriah. Bukan #TeamMOF sahaja, malah pegawai dan kakitangan dari kementerian lain juga turut serta.

Jualan Food Truck @ MOF akan berada pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 11 pagi hingga 4 petang.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility