YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang ke Homebois Warehouse di Johor Bharu, untuk melihat sendiri pusat ‘gamers’ dan ‘streamer’ yang ditubuhkan oleh Encik Nureddy Nursal atau lebih dikenali dengan nama Daddy Hood dalam kalangan ‘streamers’ dan ‘gamers’.

Mereka kelihatan sangat handal dalam e-Sport sehingga dapat menjana pendapatan dan beliau amat kagum dengan kebolehan yang dimiliki mereka.
![]() |
![]() |
Pusat tersebut menempatkan pemain-pemain yang ingin mengasah bakat dan ingin melanjutkan karier sebagai pemain profesional dalam e-Sport.
![]() |
![]() |
Pusat tersebut telah beroperasi hampir tiga tahun dan mempunyai seramai 20 orang gamers dan streamers. Beliau turut diberitahu, pusat tersebut telah diwujudkan untuk para remaja yang berminat dalam e-Sport untuk terus mengasah bakat mereka.
![]() |
![]() |
e-Sport di Malaysia akan terus berkembang dari masa ke semasa dan dalam masa sama, Kerajaan akan berusaha sebaik mungkin untuk mendokong perkembangan tersebut.