YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah melawat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Bagi beliau, antara tugas JKDM adalah mendapatkan seberapa banyak hasil bagi diagihkan semampu mungkin demi manfaat rakyat.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada pihak JKDM Pahang yang telah bertungkus lumus dan berjaya menambah hasil bagi tahun 2022.

Beliau juga berkesempatan menitipkan pesanan supaya warga JKDM terus menjalankan tugas dan khidmat dengan gigih serta penuh berintegriti.