YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan melawat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Daerah Bentong, Pahang. Turut hadir dalam sesi perjumpaan adalah Tuan Mohd Asri Seman, Pengarah Kastam Negeri.

Beliau berharap JKDM akan terus berusaha sepanjang menjalankan tugas dan secara tidak langsung hasil JKDM boleh diberikan semula kepada rakyat serta digunakan untuk pembangunan negara.
