Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke KALA, Kota Bharu, Kelantan

Sesi Turun Padang Ke KALA, Kota Bharu, Kelantan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke Kelantan Authentic Lifestyle & Arts (KALA) Sentral.

KALA yang mula beroperasi pada November 2021 adalah usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan Pusat Usahawan Negeri Kelantan bagi mengumpulkan lebih 1,000 produk makanan dan kraftangan usahawan Kelantan.

KALA Sentral juga bertujuan untuk memperkasakan usahawan Bumiputera terutamanya dalam bidang pengeluaran serta pembuatan produk halal.

Kerajaan sentiasa menyokong hasil tangan tempatan dan produk khazanah alam melalui Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, Program Jualan Malaysia dan Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung. Oleh itu, RM33 juta diperuntukkan melalui #Bajet2022 bagi merancakkan penghasilan dan pembelian produk tempatan.

Di samping itu, RM250 juta diperuntukkan untuk “Shop Malaysia Online” dan “Go e-Commerce Onboarding” bagi membantu usahawan tempatan beralih kepada khidmat digital.

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) juga layak untuk menerima manfaat RM2,000 bagi aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital.

Semua inisiatif tersebut akan membolehkan usahawan tempatan untuk terus meningkatkan perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bajet 2022, orang ramai boleh melayari di laman sesawang https://budget.mof.gov.my/manfaat/

Arkib Foto

Logo Accessibility