YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang untuk meninjau kebun tanaman avocado, kelapa pandan dan durian yang diusahakan oleh Encik Joni Muhammad Yahya selama hampir 3 tahun.

Pada mulanya penanaman yang diusahakan adalah seluas 3 ekar dan kini sudah berkembang sehingga 65 ekar.
![]() |
![]() |
Beliau dan pegawai-pegawai agensi yang hadir bersama turut menyampaikan penerangan berkenaan bantuan Kerajaan yang tersedia untuk usahawan berasaskan pertanian melalui inisiatif Bajet 2022.

Seperti yang semua sedia maklum, Kerajaan telah memperuntukkan pinjaman kredit mikro sebanyak RM 150 juta kepada usahawan belia di bawah Bank Simpanan Nasional dan Agrobank.
![]() |
![]() |
Beliau berharap agar warga belia dapat menggunakan peluang sebegini untuk menggiatkan lagi industri pertanian tanah air.
