Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke KIDEX, Kulai, Johor

Sesi Turun Padang Ke KIDEX, Kulai, Johor

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan melawat KIDEX (Kulai Iskandar Data Exchange) bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Asri Hamidon dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, YB Datuk Samsolbari Jamali.

KIDEX adalah antara inisiatif penting dalam usaha membangunkan ekonomi berteraskan teknologi dalam negara. KIDEX mempunyai fasiliti seluas lebih 745 ekar serta para pelabur dan syarikat IT antarabangsa telah diberikan sokongan infrastruktur dan lain-lain untuk membuka pusat-pusat data dan perkhidmatan awan (cloud services). KIDEX yang terletak dalam Lembah Tekonologi Sedenak, firma-firma IT yang terlibat dengan pusat data boleh memberikan perkhidmatan mencapai pasaran serantau mahupun antarabangsa.

Sememangnya negara kita adalah strategik daripada pelbagai segi untuk menarik minat firma-firma IT antarabangsa membuka perusahaan mereka. Mengambil KIDEX sebagai contoh, pembangunan pusat data tersebut telah menyaksikan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri, Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Johor Corporation, MIDA, MDEC dan pastinya Kementerian Kewangan sendiri.

Rangka Tindakan Ekonomi Digital adalah bukti fokus Kerajaan untuk memajukan ekonomi digital negara. Rangka Tindakan Ekonomi Digital merangkumi pelaburan menerusi projek Jalinan Digital Negara (JENDELA), pelaburan untuk mempertingkatkan kesambungan kepada rangkaian kabel dasar laut antarabangsa sehingga tahun 2023 serta rancangan 10 tahun bagi pelaksanaan 5G di seluruh negara dan perkhidmatan pengkomputeran awan.

#Bajet2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 akan terus memacu usaha menjadikan Malaysia negara maju berteraskan ekonomi digital.

Arkib Foto

Logo Accessibility