YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke KL Sentral untuk menyantuni dan mengedarkan pek sahur serta raya kepada lebih 100 #KeluargaMalaysia yang sedang menunggu keretapi untuk pulang ke kampung masing-masing sempena sambutan Aidilifitri.
![]() |
![]() |
![]() |
Beliau amat gembira melihat reaksi mereka yang tidak sabar untuk kembali ke pangkuan keluarga, lagi-lagi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dilonggarkan. Pastinya raya tahun ini lebih ceria dan bermakna buat semua.
![]() |
![]() |
![]() |