Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang ke Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor

Sesi Turun Padang ke Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan melawat projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) sempena siri jelajah #Bajet2022 di Johor.

Beliau juga berkesempatan mendapatkan perkembangan terkini daripada pengurusan tertinggi berkenaan beberapa isu berbangkit melibatkan pusat pembangunan petrokimia tersebut.

PIC tersebut terletak di kawasan seluas 2,525 hektar, bersamaan 3,500 padang bola sepak yang mula dilaksanakan pada tahun 2014 selepas diluluskan Kerajaan.

Selain kemudahan penapisan dan petrokimia, PIC juga membabitkan pembangunan kemudahan berkaitan seperti loji pembekalan air mentah, terminal air dalam dan unit pemisahan air.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk sesi pertemuan tersebut.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility