Sesi Turun Padang Ke Kuala Linggi International Port, Melaka

Sesi Turun Padang Ke Kuala Linggi International Port, Melaka

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Kuala Linggi International Port (KLIP), Melaka.

Beliau amat berbangga dengan pencapaian sebuah syarikat tempatan yang telah mengharumkan nama negara dalam industri ‘aquamarine’ sehingga ke peringkat global.

 

Syarikat KLIP ini memberi perkhidmatan kepada kapal yang terbesar di dunia yang saiznya sebesar empat padang bola. Tambahan pula, Selat Melaka merupakan antara selat yang tersibuk di dunia dan kesibukan ini dijangka akan meningkat lebih 50 peratus pada masa hadapan. Negara kita akan mengalami kerugian yang besar sekiranya kita tidak mengambil tindakan ke atas peluang keemasan sebegini.

 

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob, Pengerusi KLIP di atas layanan mesra serta informasi yang telah diberikan kepada beliau.