YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah berkunjung ke Labuan Shipyard & Engineering Sdn Bhd bagi meninjau sendiri pengoperasian syarikat tersebut.
Labuan Shipyard & Engineering Sdn Bhd merupakan limbungan kapal terkemuka yang menyediakan perkhidmatan bersepadu bagi dua industri utama — pembinaan dan pembaikan kapal serta minyak dan gas.
Beliau dan delegasi Kementerian Kewangan turut berkesempatan melawat kemudahan sekitar limbungan.