YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah turun padang ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) cawangan Johor di Johor Bahru.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Shifaak Md Amin, Pengarah Negeri serta staf-staf LHDNM yang turut hadir dalam sesi perjumpaan tersebut.

Beliau turut berpesan supaya hasil perlu dikutip dengan seberapa boleh agar dapat diberikan semula kepada rakyat yang berhak menerima pelbagai bantuan.
