Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang ke LHDNM Jalan Duta, Kuala Lumpur

Sesi Turun Padang ke LHDNM Jalan Duta, Kuala Lumpur

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk memantau proses pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Bagi tahun 2022, Kerajaan memperuntukkan RM8.2 bilion untuk memanfaatkan lebih 9.6 juta #KeluargaMalaysia.

Selain dari pendaftaran secara fizikal, rakyat juga boleh mendaftar untuk BKM secara dalam talian di https://bkm.hasil.gov.my . Pendaftaran dibuka daripada 1 hingga 31 Januari 2022. Bagi penerima sedia ada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kemaskini maklumat juga boleh dibuat secara dalam talian atau manual.

Bagi mengurangkan golongan yang tercicir (exclusion error), Kerajaan juga telah memasukkan data berikut ke database BKM:

  1. Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021;
  2. Penerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC) B40 2021;
  3. Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin;
  4. Data agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang.

Kerajaan sentiasa serius dalam menambah baik perkhidmatan bagi memastikan kesejahteraan rakyat. Beliau berharap agar bantuan tunai Kerajaan tersebut akan membantu meringankan beban #KeluargaMalaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility