Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang ke LHDNM Johor Bahru

Sesi Turun Padang ke LHDNM Johor Bahru

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turun padang ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Johor Bahru untuk meninjau proses rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan bertanya khabar kepada mereka yang sedang memohon. Rata-rata mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Beliau turut merakamkan syabas kepada LHDNM Johor Bahru.

Rayuan BKM 2022 dibuka bagi membantu #KeluargaMalaysia yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini di samping memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.


Untuk makluman semua, setakat ini hampir 90,000 permohonan telah diterima di seluruh negara. Tarikh tutup permohonan ialah pada 2 Jun 2022.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara membuat rayuan, orang ramai boleh melayari di laman sesawang https://bkm.hasil.gov.my

Arkib Foto

Logo Accessibility