Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan

Sesi Turun Padang Ke Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bertemu dan bertanya khabar beberapa peniaga yang telah memanfaatkan bantuan Geran Khas Prihatin serta pembiayaan yang disediakan Kerajaan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan SME Bank di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau turut berkesempatan berbual dengan salah seorang peniaga iaitu Puan Arina yang telah membuka perniagaan barang kemas Raudhah Gold pada 2017 dengan modal RM30,000 sahaja. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan perniagaan mengalami kerugian tetapi Raudhah Gold mengambil langkah nekad memanfaatkan Pembiayaan Lestari Bumi dari SME Bank pada tahun 2021 untuk mengembangkan perniagaan. Dari perniagaan model tradisional, mereka turut menceburi perniagaan secara dropship dan secara atas talian seperti Facebook dan Instagram.

Perniagaan mereka terus berkembang maju dan jualan juga meningkat dari RM2.1 juta setahun ke RM3 juta setahun. Inilah contoh usahawan yang bijak mencari peluang di kala pandemik COVID-19 melanda dengan menceburi perniagaan digital.

Harapan beliau agar lebih ramai usahawan khususnya usahawan Bumiputera dapat memanfaatkan pelbagai bantuan yang disediakan Kerajaan untuk memajukan perniagaan mereka.

Arkib Foto

Logo Accessibility