Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke Pasar Tani Paroi Jaya, Negeri Sembilan

Sesi Turun Padang Ke Pasar Tani Paroi Jaya, Negeri Sembilan

YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, turun padang ke Pasar Tani Paroi Jaya bagi meninjau pelaksanaan Skim Mikro Kredit serta menyantuni para usahawan dan peniaga kecil.

Program ini menghimpunkan pelbagai agensi dan institusi di bawah satu bumbung bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta akses kepada pelbagai inisiatif kerajaan. Antara agensi yang terlibat ialah Bank Simpanan Nasional, Agrobank, Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Sehingga kini, Skim Mikro Kredit telah memberi manfaat kepada 554 penjaja di 14 lokasi di seluruh negara, dengan jumlah pembiayaan melebihi RM20 juta. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperluas akses kepada pembiayaan mikro, memperkukuh perusahaan kecil dan memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada pelbagai bantuan serta perkhidmatan kerajaan melalui pendekatan turun padang yang lebih dekat dengan komuniti.

Arkib Foto