YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkunjung di Mydin Meru Raya, Perak untuk meninjau proses pembelian program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA disalurkan secara automatik ke dalam MyKad penerima setiap bulan pada tahun 2024 iaitu RM100 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 untuk golongan bujang. Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalurkan secara tunai sebanyak dua kali setahun.

Bantuan SARA disasarkan untuk memanfaatkan seramai 700,000 penerima daripada golongan miskin dan miskin tegar dan disasarkan untuk pembelian barangan asas. Semoga usaha murni ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka memenuhi keperluan harian keluarga.

Semak status kelayakan & soalan lazim di:
https://bantuantunai.hasil.gov.my
Bagi mekanisme pelaksanaan dan muat turun aplikasi MyKasih:
https://www.mykasih.com.my/