Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke PPS di Kedah

Sesi Turun Padang Ke PPS di Kedah

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama-sama YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah telah melawat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gunong dan Sekolah Kebangsaan Sri Gunong.

Dalam lawatan tersebut, sebanyak 1,300 bakul makanan telah diagihkan kepada mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS berkenaan sejak 29 November 2024 lalu beserta dengan sumbangan kepada masjid kawasan sekitar untuk membaiki dan menggantikan kelengkapan yang terjejas akibat banjir.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah dan YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi turut berkesempatan menyantuni dan memberikan kata-kata semangat kepada mangsa bencana yang terjejas di kedua-dua PPS tersebut.

Hadir sama, YBhg. Dato' Seri Norizan Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan YM Raja Muhammad Azhan Raja Muhammad, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan.

Arkib Foto

Logo Accessibility