YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di PPR Hiliran Ampang, Selangor untuk melihat operasi vaksinasi dan menyampaikan sumbangan makanan kepada frontliners yang bertugas.
![]() |
![]() |
Turut dimaklumkan kepada beliau bahawa operasi vaksinasi semuanya berjalan dengan lancar. Para petugas frontliners Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Sukarelawan Wilayah juga memainkan peranan masing-masing dan kelihatan ceria menjalankan tugas serta membantu semua yang hadir untuk janji temu vaksinasi mereka.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak KKM, DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan atas usaha membantu mereka yang memerlukan.
![]() |
![]() |
Di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Kerajaan telah memperuntukkan RM200 juta bagi meningkatkan lagi proses vaksinasi dan antara inisiatif di bawah peruntukan ini adalah PPV Bergerak yang khusus buat mereka yang sukar untuk ke PPV lain, seperti warga emas dan golongan OKU.

Secara keseluruhan, Kerajaan telah memperuntukkan RM3.7 bilion bagi perbelanjaan berkaitan COVID-19, RM5 bilion bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan RM 1 bilion di bawah Pakej PEMULIH bagi meningkatkan vaksinasi.

Ini semua adalah demi melindungi nyawa dan kehidupan rakyat serta kelangsungan perniagaan dari impak pandemik COVID-19. Semoga usaha sebegini akan membawa Malaysia keluar dari belenggu COVID-19 dan #MenangBersama.