Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi turun padang ke PPV SBJ

Sesi turun padang ke PPV SBJ

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan ke Pusat Pemberian Vaksin Stadium Bukit Jalil (PPV SBJ) untuk meninjau operasi dan turut menyampaikan sumbangan makanan kepada frontliners yang bertugas.

Pada pandangan beliau, kawasan PPV SBJ ternyata kelihatan luas dan teratur. Sejak bermula operasi pada 21 Jun lalu, mereka telah berjaya memberi vaksin sebanyak 114,407 dos pertama dan 13,007 dos kedua kepada penerima vaksin.


Sambil membuat tinjauan, beliau juga sempat bertegur sapa dengan beberapa pengunjung yang hadir untuk janji temu vaksinasi mereka untuk mendapatkan maklum balas dari sudut penerima vaksin.

Beliau turut berkongsi berkenaan pelaksanaan Operation Surge Capacity, iaitu satu inisiatif untuk meningkatkan kapasiti pemberian vaksin di Kuala Lumpur dan Selangor, dengan matlamat untuk melaksanakan vaksinasi untuk 6.1 juta populasi dewasa menjelang 1 Ogos 2021 yang telah diumumkan oleh YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi dan YB Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan. Operasi tersebut akan dilaksanakan di semua PPV Kuala Lumpur dan Selangor.

Para pegawai operasi di PPV SBJ juga telah menyatakan kesiapsiagaan mereka untuk menjalankan operasi tersebut.

Jika dilihat dari rekod vaksinasi harian mereka, sejak 12 Julai lalu, mereka telah meningkatkan purata vaksinasi harian dari 5,000 ke lebih 8,000 dos sehari. Beliau turut yakin PPV SBJ telah bersedia untuk menyokong Operation Surge Capacity ini.

Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor yang belum mendaftar untuk divaksinasi, beliau menyarankan supaya segera mendaftar untuk vaksinasi dan mengambil kesempatan sebegini untuk mendapat dos vaksin demi kebaikan kita semua dan orang yang tersayang.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility