YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan ke Pusat Pemberian Vaksin Universiti Malaya (PPV UM) di Bangsar, Kuala Lumpur untuk meninjau operasi dan turut mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan proses pemberian vaksin di PPV UM serta berkesempatan menyampaikan sumbangan makanan kepada para frontliners yang bertugas.
![]() |
![]() |
Berdasarkan maklum balas, PPV UM kini beroperasi selama tujuh hari seminggu dan berkapasiti untuk memberi suntikan vaksin kepada 3,000 individu pada setiap hari. Setakat tarikh 9 Julai, mereka telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin hampir 110,000 individu.

Kerajaan setakat ini telah membelanjakan RM3.5 bilion untuk pembelian vaksin dan menambah peruntukan sejumlah RM1 bilion di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) untuk mempercepat proses vaksinasi bagi mencapai imuniti kelompok secepat mungkin. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) juga telah melaporkan bahawa lebih 17.6 juta individu telah mendaftar dengan lebih 7.4 juta telah mendapat dos pertama.
![]() |
![]() |
Beliau juga berkesempatan bertemu dengan mereka yang hadir untuk janji temu vaksinasi dan kelihatan semuanya lancar serta efisien sepanjang sesi vaksinasi.
Terima kasih beliau ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam inisiatif ini, terutamanya frontliners yang bertugas di seluruh negara.

Imuniti kelompok hanya boleh dicapai dengan kerjasama antara pihak Kerajaan dan rakyat. Beliau berharap kerjasama sebegini dapat terus dipertingkatkan lagi demi kesejahteraan semua.
