YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan lawatan ke tapak Projek Loji Rawatan Air kedua, Kg. Saab, Pitas sempena lawatan beliau di Sabah.

Loji bernilai RM37.8 juta tersebut mampu membekalkan air dengan kapasiti 10 juta liter sehari (JLH) dan dijangka siap pada November tahun ini yang akan memberi manfaat kepada penduduk di 30 kampung di daerah ini.
Selepas projek loji rawatan air kedua Pitas fasa pertama ini siap, terdapat fasa dua dan fasa tiga bagi memenuhi keperluan bekalan air bersih penduduk.

Untuk lawatan kali ini, beliau turut membawa pegawai-pegawai Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya iaitu Tuan Haji Zairi Haji Mat Ali, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan Dan Pengurusan (SBDSP), Puan Mastura Marsam, Ketua Seksyen Pengurusan Sumber Manusia dan Encik Ezleezan Othman, Ketua Seksyen Bahagian Cukai (Dasar dan Pelaksanaan GST) merangkap Timbalan Ketua Pasukan Bajet 2022.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Ruddy Awah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, YB Tuan Harun Durabi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka dan Encik Firuz Idzualdin @ Benetty Mohd Dzul, Pegawai Daerah Pitas yang turut serta dalam sesi turun padang tersebut.

MOF komited dalam memastikan ketersediaan dan pengurusan air mampan serta sanitasi untuk semua. Sasaran kita adalah menjelang 2030, Malaysia dapat mencapai akses yang saksama dan sejagat kepada air minuman selamat dan mampu dimiliki oleh semua.