YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan ke Pulau Banggi yang merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh pihak FELCRA, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Pejabat Daerah Pulau Banggi.

Beliau turut mengambil maklum beberapa maklumat berkenaan projek KPLB seperti Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid, Projek Agropolitan dan juga diberi taklimat keselamatan Pulau Banggi oleh ESSCOM.
