Sesi Turun Padang Ke Pulau Undan, Melaka

Sesi Turun Padang Ke Pulau Undan, Melaka

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang ke Pulau Undan, Melaka untuk melihat pusat pelancongan yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri sebagai taman laut.

Beliau juga berkesempatan bertemu dan berbual bersama para penyelam dan kebanyakan antara mereka sememangnya menyarankan kepada sesiapa yang berminat aktiviti menyelam dan ‘snorkeling’ untuk datang ke Pulau Undan.

Melaka sememangnya sangat kaya dengan pelancongan darat. Maka, Pulau Undan kini menjadi taman laut yang pertama di selatan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Negeri Melaka juga mempunyai aksesibiliti yang mudah untuk para pelancong datang ke Pulau Undan dan sektor pelancongan pula merupakan salah satu sumber ekonomi negara.