Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan OKU di Selangor

Sesi Turun Padang Ke Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan OKU di Selangor

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama-sama YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Ahli Dewan Negara untuk melawat ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) di Bangi, Selangor.

Sepanjang lawatan tersebut, beliau amat terkejut dan kagum dengan keupayaan mereka dalam bidang kesenian yang bagi beliau amat luar biasa. Mereka berpotensi untuk menghasilkan hasil karya seni yang sangat cantik.

Selain itu, mereka juga telah menghasilkan produk beg atau dompet yang berasaskan corak songket. Produk yang dihasilkan oleh mereka diperbuat dari air tangan mereka sendiri. Beliau amat terpegun dengan bakat mereka.

Bagi beliau, bakat mereka perlu diberikan perhatian lebih kerana potensi yang mereka ada boleh menembusi pasaran yang lebih besar.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility