Sesi Turun Padang Ke Pusat Penternakan Kupang, Melaka

Sesi Turun Padang Ke Pusat Penternakan Kupang, Melaka

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan melawat kawasan penternakan kupang yang bertempat di daerah Jasin, Melaka.

Terdapat para pengusaha persendirian dan koperasi sedang menggiatkan ekonomi berasaskan akuakultur tersebut.

Beliau turut berkesempatan berbual dengan salah seorang pengusaha iaitu Encik Rafingai yang sedang menternak kupang yang dipanggil kupang manis.

Beliau amat kagum melihat hasil tersebut yang hanya berlaku dua kali setahun. Beliau turut diberitahu bahawa para penternak kebiasaannya boleh mendapat pendapatan bulanan sekitar RM3,000 sebulan.

Beliau mengucapkan selamat maju jaya buat para pengusaha penternakan kupang.