Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang Ke PUSPEN Kota Warisan

Sesi Turun Padang Ke PUSPEN Kota Warisan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan meluangkan masa untuk melawat Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Kota Warisan.

Setiba beliau di sana, kelihatan begitu jelas kesan-kesan banjir, malah di beberapa lokasi masih terdapat air banjir yang belum surut. Sepanjang perjalanan ke bangunan utama yang agak jauh dari pintu masuk, beliau dapat melihat mangsa-mangsa banjir yang terdiri daripada penghuni-penghuni kuarters kediaman kakitangan yang dimaklumkan baru dapat pulang semula ke rumah mereka yang sudah beberapa hari ditenggelami air.

Beliau turut dibawa untuk meninjau kerosakan di Bengkel Automotif oleh YBhg. Dato' Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) dan Puan Maizura Zakaria, Pengarah PUSPEN Sepang.

Semasa beliau melawat, belum ada kerja-kerja pembersihan yang dimulakan, kerana air masih belum surut sepenuhnya. Di setiap ruang dan bilik yang beliau tinjau, kelihatan mesin-mesin dan alatan yang digunakan dalam pembelajaran dan latihan klien pusat tersebut masih basah dengan air banjir dan disaluti selut.

Beliau juga dimaklumkan bahawa perkara yang sama berlaku di setiap bangunan di situ. Mesin-mesin dan alatan-alatan mahal yang digunakan untuk sesi pembelajaran dan latihan kemungkinan besar telah rosak sepenuhnya.

Buat peringkat permulaan, Kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi pemulihan infrastruktur awam yang terkesan oleh banjir. Kerajaan akan menggiatkan usaha bagi memulihkan keadaan agar kembali seperti sediakala.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility