YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan ke Stesen Mesin Pengimbas Kontena yang menggunakan Machine Learning (ML) untuk mengimbas lori kontena barangan yang lalu lalang di Sempadan Malaysia-Thailand sempena lawatan kerja rasmi Pasca Bajet 2022 di Perlis.
![]() |
![]() |
Bersama-sama pasukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, beliau juga telah berkesempatan meninjau keadaan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar dan Wang Kelian.
Beliau berharap agar pihak JKDM dan seluruh agensi berkaitan sentiasa bersiap siaga dalam mengawal sempadan terutamanya apabila sempadan negara yang dibuka pada masa hadapan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |